Wednesday, February 8, 2017

AMPUNKAN WANITA ITU,


Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya 9 bulan10 hari lamanya.
.
Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya.
.
Luka kulitnya serta Tumpah darahnya
.
bercucuran airmatanya menahan sakit dan derita, itulah ibu kami...
.
Ampunkan ibu. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah kenyang makan dan minumnya kerana mengenyangkan kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah lena tidurnya kerana mendodoikan dan menyenyakkan tidur kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak berkisah langsung dgn sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami. .

Ampunkan ibu yang mulia sungguh dirinya Sudi membasuh mencuci najis dan kotoran kami. .
.
Ampunkan ibu yg tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami. .
.
sungguh tak terbalas jasa ibu meskipun kami membalasnya dengan keseluruhan harta di muka bumi ini.
.
lindungilah ibu dari segala malapetaka, peliharalah ibu dengan rahmat mu sepanjang hayat nya selalu.
.
seandainya kami mengguris hati ibu kami secara zahir mahupun batin, sengaja ataupun tidak sehingga penyebab menitisnya air mata ibu, kau turunkan lah bala kepada kami setimpal dengan kesalahan kami agar kami sedar pada suatu perkara yang tidak sepatutnya kami lupa.
.
jika ada pernah ibu dan ayah kami melakukan kesalahan walaupun sekecil zarah di muka bumi mu ini, berilah kepada kami kesemua dosa meraka kepada kami agar mereka bersih dari segala dosa sepertimana bersihnya kami waktu dilahirkan dulu.
.
dan jika seandainya pernah kami melakukan sebarang kebaikan di muka bumi mengikut suruhanmu serta diberi ganjaran pahala walau sekecil zarah, itu semua adalah keranan didikan ibu kami , maka kau berilah kesemua pahala itu kepadanya. .
.
insan mulia mu itu sudah tidak bermaya, maka jauhkan lah mereka dari seksa api nerakamu. jangan kau sakiti atau menyeksa nya walau sedikit. cukuplah atas sakit perit dan penyeksaan yang dia lalui sepanjang membesar dan mendidik kami anak anak yang masih belum berbakti ini...
.
kasihani dia.. .
.
dia tidak pernah berdosa.. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entahhh tak tau, belek lah ikot sisi mana yg kau selesa. sebab dia bergantung pada cara penilaian kau sendiri. jangan takot jamgan gelabah, itu cuma cermin lama yang sesekali patut kau jengah. . .


12/10/2016

No comments:

Post a Comment