Monday, January 25, 2016

SEkuat mANA KAU PERCAYA KAU MENANG ??

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,Walaupun kita menang,Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja,Walaupun kita menang,Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,Walaupun kita menang,Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita bergaduh dengan keluarga,Walaupun kita menang,Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,Walaupun kita menang,Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,Walaupun kita menang,Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,Walaupun kita menang,Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun hanya kerana kita ditegur,Walaupun kita menang,Kita tetap KALAH!!!...
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita...

Cc : motivasi islam

KESAN BURUK SYABU/AIS PADA KESIHATAN

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.

Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat sarafpada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut.

Saluran darah pecah akibat bahankimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.