Tuesday, November 14, 2017

❗7 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SELEPAS TUHAN MENGAMBIL MEREKA PULANG.❗

1⃣.  Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2⃣.  Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3⃣.  Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4⃣.  Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5⃣ Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat MENUMPNAH kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6⃣Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7⃣ Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dandoa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah....
hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat "meninggalkan' dunia yg fana ini"

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

MANfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....
Muhasabah seorg insan daif...

#dimana #macammana #sampaibila

Kredit ::
Nukilan taukey si jambu

Saturday, February 25, 2017

inilah kawan

Bila lepas usia remaja, kawan2 macam ni semakin kurang, sebab banyak yg lebih kepda bnda serius, hmm dah matang.
Dah mmg aku pulak memang jenis ssh nak amik serius.
Babi nya dia ni aku tgh balik keja laju2, tetiba tanya soalan macam penting sgt tapi hawau...
Dr stress malam tu smpai berguling aku ktawa. Taj tau la apa yang lawak, tapi pd aku dia macam menganjing😂😂😂
13/2/2017

ALLAH BERSAMA KAMI


12/2/2017 

Allah sebaik baik perancangan.
Allah tau apa yang terbaik untuk kita.
Allah sayang tiap hambanya.
Allah bagi ujian sebab Allah sayang.
Tak kira sebesar apa ujian yang Allah datang kan.
Itu tanda Allah sayang kita.
Allah ada kat mana mana.
Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah ada dekat abah.
Allah ada dekat mak.
Allah ada dekat aku.
Allah ada dekat semua...
Tak kira masa kat mana mana Allah tetap akan jaga kita.
Ab tau Allah takkan sulitkan urusan kita.
Allah mesti akan mudahkan semua.
Allah sayang kita.
Allah takkan biarkan abah sakit lama lama.
Allah takkan biarkan abah rasa derita.
Allah sayang kita bah.
Ab tau..
InsyaAllah abah mesti cepat sihat.
Ab yakin...
12/2/2017
hospital besar melaka

romantik ku hancur. haha

1.30am.. 
12/02/2017

ingatkan abah nk sweet2 smbil cndle lite diner ngan aku.
suruh aku panas kn bubur ayam sbb dia nak makan. Siap panas kan n hidang tetiba " eh banyak macam ni sapa nak makan!! kurang kan sikit lah "
Hmmm
Baik baik nk romantik makan suap2 Terus cndle lite dner aku jadi suramm dan sepi😔
bubur terbanyak pon kena marahhh ðŸ˜‚😂
Haishh wak ayup ni tak romantik betul lah😂😂
Makannya dua sudu je plak tu😒..
Hmmmm...
Tidur lah sayang, rehat la dulu...
Insyaallah esok pagi bangun abah sihat yeee.
Kita ada je kat tepi sini teman awak smpai pagi ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜

Wednesday, February 8, 2017

IBU MU HANYA DI CIPTAKAN SEKALI DAN TIDAK BERULANG LAGI

Jasa mereka sebenarnya tak dapat kau kira. .
Cuma sekarang kau buta nak melihatnya. .
Tunggu nanti, kau akan tahu dan rasa.

AMPUNKAN AKU BAH


:: AKU SAYANG ABAH.... AMPUNKAN AKU, ABAH..::

Abah memang garang... abah memang tegas..
Kalau abah tenung je, dah tak tentu arah dah kita..
Pada aku abah tak sayang aku..
Abah pernah keja aku semata mata nak lempang aku.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni beban dan abah tak sayang..
Tapi mak selalu pujuk aku.. mak cakap; 
"abah tu sayang kamu.. semua tu sebab kamu tu nakal sangat"
Tapi aku tetap cakap.. abah tak sayang aku.. abah jahat!

Bila aku nak duit, reaksi abah selalu macam tak.nk bagi,
Tapi aku tak tahu, senyap-senyap abah bagi mak duit suruh bagi kat aku..
Pada aku, mak la hero aku... sebab mak sayang aku..
Apa je aku nak makan, abah akan carikan.. 
pagi pagi bangun mesti ada jajan kat sebelah.
Tapi aku tak tahu, abah sendiri tak makan kat tempat kejer sebab nak jimat duit untuk keluarga dia..
Pada aku, mak yang bersusah payah kat rumah siapkan semua makanan untuk kami..
Pada aku, mak la yang buat semua ni..

Bila aku dah besar, abah tak pernah tanya macam mana aku belajar.. abah pun jarang tanya khabar..
Tapi aku tak tahu, semua tu mak dah cerita dengan abah.. setiap hari abah tanya mak..
Pada aku, abah tak pedulikan anak..
Sebab tu aku lebih selesa cakap dengan mak..
walaupun aku duduk dgn mam abah.
Bila aku balik rumah, soalan pertama aku;
"Mak.. abah mana mak?"
Bila dah tau, aku diam je.. Aku tak cari abah peluk cium tunjukkan rindu aku pada dia.. 
Aku lebih suka berbual dengan mak..
Manja-manja baring atas riba mak.. 
Mintak mak suapkan makan..
Tapi aku sikit pun tak perasan.. abah tengok dari jauh sambil dalam hati dia cakap;
"Besar dah anak aku.. Abah sayang sangat kat kamu, nak.."

Macam kakak aku pulak..
Bila dia dah kawen, dia dah ada lelaki lain..
Kehidupan dia sekarang dah berubah..
Tapi dia tak tahu, abah setiap hari hatinya berbisik..
"Adakah anak aku dijaga dengan baik? Adakah anak aku yang aku sayang ni dipukul atau dijentik?"

Bila pergi@balik kerja aku akan peluk dan cium mak..
Tapi aku tak peluk abah.. aku cuma salam cium tangan dia je..
Aku tak tahu apa yang abah rasa..
Pada abah;
Takpe..Anak bujang aku dah dewasa.. dia malu kalau orang nampak nanti cakap apa...
Takpe.. mak dia wangi pakai bedak.. abah ni busuk bau hapak...
Takpe.. bila dia peluk cium mak dia, sama je la macam dia peluk cium abah dia...

Aku tak pernah nampak abah menangis..
Tapi aku tak tahu, abah masuk bilik menangis sorang-sorang..
Aku selalu nampak abah serius je..
pastu sikit2 nak marah n bebel2.
Senyum pun susah...
Tapi aku tak tahu hati abah menahan rindu macam nak pecah..
aku lupa abah jadi macamtu sebab abah terpaksa pikul 2 tanggungjawab sebg seorang abah dan seorang mak sebabnya mak dlm keadaan tak brapa sihat.

Kenapa aku hukum abah?
Kenapa aku buat abah macam sampah?
Kenapa aku selalu membantah?
Kenapa aku selalu fikir abah tak sayang sebab abah selalu marah?

abah.
aku tahu abah cukup kecewa dengan aku.
tapi abah mungkin tak tahu
yang aku lagi lah kecewa dengan hidup sendiri sampai aku sendiri tak mampu nak maafkan diri sendiri.
sebab tu aku jadi cepat marah. ego aku makin tinggi.
sebab aku taknak orang nampak aku lemah.
aku taknak org pandang aku mcm sampah.
aku taknak kelua dgn abah sebab aku taknak abah malu dengan kawan2 abah bila org bertanya pasal aku. 
lagipun aku taknak orang buruk sangke kat aku bila aku rapat dengan abah sebab nak.bodek abah.
aku sakit ati, aku fobia, aku jd cepat marah. 
keadaan semua macam dah jauh brubah.
abah nampak lebih ceria dengan yg lain berbanding abah dengan aku.
biarlah nanti ada mulot jahat yg bercerita pasal aku, aku harap sangat abah dengar dulu penjelasan aku. aku harap abah tak jeling aku seolah aku betol2 sampah.
apa pun andaian mereka atau dunia. aku cuma nak abah tahu 1.

Abah...
Anakmu ini terlalu sayangkan abah..
Anakmu ini rindu sangat kat abah..
Anakmu lupa dulu abah yang paling gembira bila aku lahir..
Anakmu lupa abah yang banyak berkorban biarpun anakmu ini tak pernah cakap terima kasih dari bibir..
Anakmu ini lupa dulu abah selalu peluk, cium dan dukung aku... lupa yang dari kecik aku ditatang..
Anakmu ini lupa abah garang sebab abah nak anak dia ni jadi orang...
Ampunkan aku abah...
Maafkan aku abah...
Aku banyak dosa dengan abah...
nanti aku dah jadi seorang ayah..
mesti aku akan rasa perit yang abah rasa.

tapi 
aku tak tahu dari mana aku patut mula dulu.

#kopipes #notabasi

11/11/2016

AMPUNKAN WANITA ITU,


Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya 9 bulan10 hari lamanya.
.
Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya.
.
Luka kulitnya serta Tumpah darahnya
.
bercucuran airmatanya menahan sakit dan derita, itulah ibu kami...
.
Ampunkan ibu. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah kenyang makan dan minumnya kerana mengenyangkan kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah lena tidurnya kerana mendodoikan dan menyenyakkan tidur kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak berkisah langsung dgn sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami. .

Ampunkan ibu yang mulia sungguh dirinya Sudi membasuh mencuci najis dan kotoran kami. .
.
Ampunkan ibu yg tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami. .
.
sungguh tak terbalas jasa ibu meskipun kami membalasnya dengan keseluruhan harta di muka bumi ini.
.
lindungilah ibu dari segala malapetaka, peliharalah ibu dengan rahmat mu sepanjang hayat nya selalu.
.
seandainya kami mengguris hati ibu kami secara zahir mahupun batin, sengaja ataupun tidak sehingga penyebab menitisnya air mata ibu, kau turunkan lah bala kepada kami setimpal dengan kesalahan kami agar kami sedar pada suatu perkara yang tidak sepatutnya kami lupa.
.
jika ada pernah ibu dan ayah kami melakukan kesalahan walaupun sekecil zarah di muka bumi mu ini, berilah kepada kami kesemua dosa meraka kepada kami agar mereka bersih dari segala dosa sepertimana bersihnya kami waktu dilahirkan dulu.
.
dan jika seandainya pernah kami melakukan sebarang kebaikan di muka bumi mengikut suruhanmu serta diberi ganjaran pahala walau sekecil zarah, itu semua adalah keranan didikan ibu kami , maka kau berilah kesemua pahala itu kepadanya. .
.
insan mulia mu itu sudah tidak bermaya, maka jauhkan lah mereka dari seksa api nerakamu. jangan kau sakiti atau menyeksa nya walau sedikit. cukuplah atas sakit perit dan penyeksaan yang dia lalui sepanjang membesar dan mendidik kami anak anak yang masih belum berbakti ini...
.
kasihani dia.. .
.
dia tidak pernah berdosa.. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entahhh tak tau, belek lah ikot sisi mana yg kau selesa. sebab dia bergantung pada cara penilaian kau sendiri. jangan takot jamgan gelabah, itu cuma cermin lama yang sesekali patut kau jengah. . .


12/10/2016