Wednesday, February 8, 2017

AMPUNKAN AKU BAH


:: AKU SAYANG ABAH.... AMPUNKAN AKU, ABAH..::

Abah memang garang... abah memang tegas..
Kalau abah tenung je, dah tak tentu arah dah kita..
Pada aku abah tak sayang aku..
Abah pernah keja aku semata mata nak lempang aku.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni beban dan abah tak sayang..
Tapi mak selalu pujuk aku.. mak cakap; 
"abah tu sayang kamu.. semua tu sebab kamu tu nakal sangat"
Tapi aku tetap cakap.. abah tak sayang aku.. abah jahat!

Bila aku nak duit, reaksi abah selalu macam tak.nk bagi,
Tapi aku tak tahu, senyap-senyap abah bagi mak duit suruh bagi kat aku..
Pada aku, mak la hero aku... sebab mak sayang aku..
Apa je aku nak makan, abah akan carikan.. 
pagi pagi bangun mesti ada jajan kat sebelah.
Tapi aku tak tahu, abah sendiri tak makan kat tempat kejer sebab nak jimat duit untuk keluarga dia..
Pada aku, mak yang bersusah payah kat rumah siapkan semua makanan untuk kami..
Pada aku, mak la yang buat semua ni..

Bila aku dah besar, abah tak pernah tanya macam mana aku belajar.. abah pun jarang tanya khabar..
Tapi aku tak tahu, semua tu mak dah cerita dengan abah.. setiap hari abah tanya mak..
Pada aku, abah tak pedulikan anak..
Sebab tu aku lebih selesa cakap dengan mak..
walaupun aku duduk dgn mam abah.
Bila aku balik rumah, soalan pertama aku;
"Mak.. abah mana mak?"
Bila dah tau, aku diam je.. Aku tak cari abah peluk cium tunjukkan rindu aku pada dia.. 
Aku lebih suka berbual dengan mak..
Manja-manja baring atas riba mak.. 
Mintak mak suapkan makan..
Tapi aku sikit pun tak perasan.. abah tengok dari jauh sambil dalam hati dia cakap;
"Besar dah anak aku.. Abah sayang sangat kat kamu, nak.."

Macam kakak aku pulak..
Bila dia dah kawen, dia dah ada lelaki lain..
Kehidupan dia sekarang dah berubah..
Tapi dia tak tahu, abah setiap hari hatinya berbisik..
"Adakah anak aku dijaga dengan baik? Adakah anak aku yang aku sayang ni dipukul atau dijentik?"

Bila pergi@balik kerja aku akan peluk dan cium mak..
Tapi aku tak peluk abah.. aku cuma salam cium tangan dia je..
Aku tak tahu apa yang abah rasa..
Pada abah;
Takpe..Anak bujang aku dah dewasa.. dia malu kalau orang nampak nanti cakap apa...
Takpe.. mak dia wangi pakai bedak.. abah ni busuk bau hapak...
Takpe.. bila dia peluk cium mak dia, sama je la macam dia peluk cium abah dia...

Aku tak pernah nampak abah menangis..
Tapi aku tak tahu, abah masuk bilik menangis sorang-sorang..
Aku selalu nampak abah serius je..
pastu sikit2 nak marah n bebel2.
Senyum pun susah...
Tapi aku tak tahu hati abah menahan rindu macam nak pecah..
aku lupa abah jadi macamtu sebab abah terpaksa pikul 2 tanggungjawab sebg seorang abah dan seorang mak sebabnya mak dlm keadaan tak brapa sihat.

Kenapa aku hukum abah?
Kenapa aku buat abah macam sampah?
Kenapa aku selalu membantah?
Kenapa aku selalu fikir abah tak sayang sebab abah selalu marah?

abah.
aku tahu abah cukup kecewa dengan aku.
tapi abah mungkin tak tahu
yang aku lagi lah kecewa dengan hidup sendiri sampai aku sendiri tak mampu nak maafkan diri sendiri.
sebab tu aku jadi cepat marah. ego aku makin tinggi.
sebab aku taknak orang nampak aku lemah.
aku taknak org pandang aku mcm sampah.
aku taknak kelua dgn abah sebab aku taknak abah malu dengan kawan2 abah bila org bertanya pasal aku. 
lagipun aku taknak orang buruk sangke kat aku bila aku rapat dengan abah sebab nak.bodek abah.
aku sakit ati, aku fobia, aku jd cepat marah. 
keadaan semua macam dah jauh brubah.
abah nampak lebih ceria dengan yg lain berbanding abah dengan aku.
biarlah nanti ada mulot jahat yg bercerita pasal aku, aku harap sangat abah dengar dulu penjelasan aku. aku harap abah tak jeling aku seolah aku betol2 sampah.
apa pun andaian mereka atau dunia. aku cuma nak abah tahu 1.

Abah...
Anakmu ini terlalu sayangkan abah..
Anakmu ini rindu sangat kat abah..
Anakmu lupa dulu abah yang paling gembira bila aku lahir..
Anakmu lupa abah yang banyak berkorban biarpun anakmu ini tak pernah cakap terima kasih dari bibir..
Anakmu ini lupa dulu abah selalu peluk, cium dan dukung aku... lupa yang dari kecik aku ditatang..
Anakmu ini lupa abah garang sebab abah nak anak dia ni jadi orang...
Ampunkan aku abah...
Maafkan aku abah...
Aku banyak dosa dengan abah...
nanti aku dah jadi seorang ayah..
mesti aku akan rasa perit yang abah rasa.

tapi 
aku tak tahu dari mana aku patut mula dulu.

#kopipes #notabasi

11/11/2016

No comments:

Post a Comment