Wednesday, February 8, 2017

KENAPA KITA SUKAR MEMAAFKAN

-PUNCA UTAMA KITA SUKAR MEMAAFKAN ORANG LAIN-
.
Seseorang yang jiwanya bertauhid…
pasti ia akan memandang bahawa setiap ujian bukanlah sesuatu yang buruk daripada Allah SWT kerana yang mendatangkan ujian tersebut juga adalah Allah SWT.
.
walaupun kadangkala ujian itu dalam bentuk manusia.
Kerana yang menciptakan manusia itu juga Allah SWT. Yang menggerakkan orang itu untuk melakukan apa saja terhadap kita juga adalah Allah SWT.
.
bermakna hakikatnya ujian adalah datang daripada Allah SWT.
jika seseorang yang hatinya tersangkut kepada makhluk, maka hatinya akan sempit. kerana dia menyangka masalah ini datang daripada makhluk tersebut. Bahkan Dia hanya menyangka bahawa semua masalah datang daripada manusia, maka hatinya akan sempit. Hatinya akan merundum. Jiwanya akan tertekan.
.
Oleh kerana itu .Yang akan timbul hanyalah permusuhan dan kebencian sesama manusia.
Dan susah bagi dia menuturkan kemaafan. Sehingga jika seseorang yang bersalah tersebut meminta maaf kepadanya sekalipun pun, dia akan berkata “TIADA KEMAAFAN !”.
.
Kerana apa?
kerana hatinya sudah keras dan dia menyingkapi setiap daripada masalah itu dengan hanya melihat kepada makhkuk lain,maka dia tersangkut di alam ini. (dendam).
Dan dia tidak mampu menerbangkan rohnya kealam yang tinggi. Untuk melihat bahawa setiap ujian dan disebalik ujian tersebut, bukan makhluk yang datangkan, sebaliknya yang mendatangkan hakikatnya adalah Allah SWT.
.
jika seseorang menyiingkapinya dengan jiwa yang bertauhid yang sedemikian maka dia akan mudah utk memaafkan kesalahan orang tersebut.
serta mudah utk dia menyantumi setiap orang yang menentangnya juga orang yang memusuhinya serta orang yang mentomahinya dan memfitnahnya.
.
dengan akhlak yang mulia,sepertimana yang telah ditunjukkan oleh rasulullah SAW,dan juga para nabi nabi yang lain.juga pewaris mereka, pewaris nabi, yang mencontohi akhlak yang mulia orang solihin, para wali wali Allh SWT.
Mereka akan menyingkapi orang yang melakukan keburukakn kepada mereka,dengan akhlak yang mulia. Dengan senyuman,dengan hati yg lapang.
.
.
“ jadikanlah hati kita seperti lautan yang luas. Jangan sempitkan. . . “
.
“ satu baldi kecil ataupun satu cawan yang kecil, oleh kerana lautan yg luas , dibuang bangkai bagaimanapun dia tetap tidak akan membusukkan laut “
.
“luaskan hati kita seperti lautan , biar dicampakkan dengan pelbagai bangkai badai ujian di dalamnya (hati kita) tapi hati kita tetap tidak terjejas .”
.
kerana apa?
kerana Hati itu tetap mantap bersama dengan Allah SWT, kerana hatinya telah diluaskan bersama dengan yang maha luas..
.
maka dengan itu, pandangannya tidak melihat dan juga tidak tersangkut atau tersekat dikalangan makhluk yang melakukan keburukkan,
tetapi dia lebih melihat siapakah yang men datangkan ujian tersebut dan apabila dia mendapati bahawa yang mendatangkan ujian tersebut adalah Al Hakim ( ALLAH ). Yang maha bijaksana.
Maka dia meyakini bahawa setiap ujian tersebut pasti ada hikmah.
Kerana dia datang daripada Al Hakim.
.
mari sama sama kita muhasabah diri.
.
-USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI-

No comments:

Post a Comment