Saturday, February 25, 2017

inilah kawan

Bila lepas usia remaja, kawan2 macam ni semakin kurang, sebab banyak yg lebih kepda bnda serius, hmm dah matang.
Dah mmg aku pulak memang jenis ssh nak amik serius.
Babi nya dia ni aku tgh balik keja laju2, tetiba tanya soalan macam penting sgt tapi hawau...
Dr stress malam tu smpai berguling aku ktawa. Taj tau la apa yang lawak, tapi pd aku dia macam menganjing😂😂😂
13/2/2017

ALLAH BERSAMA KAMI


12/2/2017 

Allah sebaik baik perancangan.
Allah tau apa yang terbaik untuk kita.
Allah sayang tiap hambanya.
Allah bagi ujian sebab Allah sayang.
Tak kira sebesar apa ujian yang Allah datang kan.
Itu tanda Allah sayang kita.
Allah ada kat mana mana.
Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah ada dekat abah.
Allah ada dekat mak.
Allah ada dekat aku.
Allah ada dekat semua...
Tak kira masa kat mana mana Allah tetap akan jaga kita.
Ab tau Allah takkan sulitkan urusan kita.
Allah mesti akan mudahkan semua.
Allah sayang kita.
Allah takkan biarkan abah sakit lama lama.
Allah takkan biarkan abah rasa derita.
Allah sayang kita bah.
Ab tau..
InsyaAllah abah mesti cepat sihat.
Ab yakin...
12/2/2017
hospital besar melaka

romantik ku hancur. haha

1.30am.. 
12/02/2017

ingatkan abah nk sweet2 smbil cndle lite diner ngan aku.
suruh aku panas kn bubur ayam sbb dia nak makan. Siap panas kan n hidang tetiba " eh banyak macam ni sapa nak makan!! kurang kan sikit lah "
Hmmm
Baik baik nk romantik makan suap2 Terus cndle lite dner aku jadi suramm dan sepi😔
bubur terbanyak pon kena marahhh ðŸ˜‚😂
Haishh wak ayup ni tak romantik betul lah😂😂
Makannya dua sudu je plak tu😒..
Hmmmm...
Tidur lah sayang, rehat la dulu...
Insyaallah esok pagi bangun abah sihat yeee.
Kita ada je kat tepi sini teman awak smpai pagi ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜

Wednesday, February 8, 2017

IBU MU HANYA DI CIPTAKAN SEKALI DAN TIDAK BERULANG LAGI

Jasa mereka sebenarnya tak dapat kau kira. .
Cuma sekarang kau buta nak melihatnya. .
Tunggu nanti, kau akan tahu dan rasa.

AMPUNKAN AKU BAH


:: AKU SAYANG ABAH.... AMPUNKAN AKU, ABAH..::

Abah memang garang... abah memang tegas..
Kalau abah tenung je, dah tak tentu arah dah kita..
Pada aku abah tak sayang aku..
Abah pernah keja aku semata mata nak lempang aku.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni beban dan abah tak sayang..
Tapi mak selalu pujuk aku.. mak cakap; 
"abah tu sayang kamu.. semua tu sebab kamu tu nakal sangat"
Tapi aku tetap cakap.. abah tak sayang aku.. abah jahat!

Bila aku nak duit, reaksi abah selalu macam tak.nk bagi,
Tapi aku tak tahu, senyap-senyap abah bagi mak duit suruh bagi kat aku..
Pada aku, mak la hero aku... sebab mak sayang aku..
Apa je aku nak makan, abah akan carikan.. 
pagi pagi bangun mesti ada jajan kat sebelah.
Tapi aku tak tahu, abah sendiri tak makan kat tempat kejer sebab nak jimat duit untuk keluarga dia..
Pada aku, mak yang bersusah payah kat rumah siapkan semua makanan untuk kami..
Pada aku, mak la yang buat semua ni..

Bila aku dah besar, abah tak pernah tanya macam mana aku belajar.. abah pun jarang tanya khabar..
Tapi aku tak tahu, semua tu mak dah cerita dengan abah.. setiap hari abah tanya mak..
Pada aku, abah tak pedulikan anak..
Sebab tu aku lebih selesa cakap dengan mak..
walaupun aku duduk dgn mam abah.
Bila aku balik rumah, soalan pertama aku;
"Mak.. abah mana mak?"
Bila dah tau, aku diam je.. Aku tak cari abah peluk cium tunjukkan rindu aku pada dia.. 
Aku lebih suka berbual dengan mak..
Manja-manja baring atas riba mak.. 
Mintak mak suapkan makan..
Tapi aku sikit pun tak perasan.. abah tengok dari jauh sambil dalam hati dia cakap;
"Besar dah anak aku.. Abah sayang sangat kat kamu, nak.."

Macam kakak aku pulak..
Bila dia dah kawen, dia dah ada lelaki lain..
Kehidupan dia sekarang dah berubah..
Tapi dia tak tahu, abah setiap hari hatinya berbisik..
"Adakah anak aku dijaga dengan baik? Adakah anak aku yang aku sayang ni dipukul atau dijentik?"

Bila pergi@balik kerja aku akan peluk dan cium mak..
Tapi aku tak peluk abah.. aku cuma salam cium tangan dia je..
Aku tak tahu apa yang abah rasa..
Pada abah;
Takpe..Anak bujang aku dah dewasa.. dia malu kalau orang nampak nanti cakap apa...
Takpe.. mak dia wangi pakai bedak.. abah ni busuk bau hapak...
Takpe.. bila dia peluk cium mak dia, sama je la macam dia peluk cium abah dia...

Aku tak pernah nampak abah menangis..
Tapi aku tak tahu, abah masuk bilik menangis sorang-sorang..
Aku selalu nampak abah serius je..
pastu sikit2 nak marah n bebel2.
Senyum pun susah...
Tapi aku tak tahu hati abah menahan rindu macam nak pecah..
aku lupa abah jadi macamtu sebab abah terpaksa pikul 2 tanggungjawab sebg seorang abah dan seorang mak sebabnya mak dlm keadaan tak brapa sihat.

Kenapa aku hukum abah?
Kenapa aku buat abah macam sampah?
Kenapa aku selalu membantah?
Kenapa aku selalu fikir abah tak sayang sebab abah selalu marah?

abah.
aku tahu abah cukup kecewa dengan aku.
tapi abah mungkin tak tahu
yang aku lagi lah kecewa dengan hidup sendiri sampai aku sendiri tak mampu nak maafkan diri sendiri.
sebab tu aku jadi cepat marah. ego aku makin tinggi.
sebab aku taknak orang nampak aku lemah.
aku taknak org pandang aku mcm sampah.
aku taknak kelua dgn abah sebab aku taknak abah malu dengan kawan2 abah bila org bertanya pasal aku. 
lagipun aku taknak orang buruk sangke kat aku bila aku rapat dengan abah sebab nak.bodek abah.
aku sakit ati, aku fobia, aku jd cepat marah. 
keadaan semua macam dah jauh brubah.
abah nampak lebih ceria dengan yg lain berbanding abah dengan aku.
biarlah nanti ada mulot jahat yg bercerita pasal aku, aku harap sangat abah dengar dulu penjelasan aku. aku harap abah tak jeling aku seolah aku betol2 sampah.
apa pun andaian mereka atau dunia. aku cuma nak abah tahu 1.

Abah...
Anakmu ini terlalu sayangkan abah..
Anakmu ini rindu sangat kat abah..
Anakmu lupa dulu abah yang paling gembira bila aku lahir..
Anakmu lupa abah yang banyak berkorban biarpun anakmu ini tak pernah cakap terima kasih dari bibir..
Anakmu ini lupa dulu abah selalu peluk, cium dan dukung aku... lupa yang dari kecik aku ditatang..
Anakmu ini lupa abah garang sebab abah nak anak dia ni jadi orang...
Ampunkan aku abah...
Maafkan aku abah...
Aku banyak dosa dengan abah...
nanti aku dah jadi seorang ayah..
mesti aku akan rasa perit yang abah rasa.

tapi 
aku tak tahu dari mana aku patut mula dulu.

#kopipes #notabasi

11/11/2016

AMPUNKAN WANITA ITU,


Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya 9 bulan10 hari lamanya.
.
Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya.
.
Luka kulitnya serta Tumpah darahnya
.
bercucuran airmatanya menahan sakit dan derita, itulah ibu kami...
.
Ampunkan ibu. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah kenyang makan dan minumnya kerana mengenyangkan kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak pernah lena tidurnya kerana mendodoikan dan menyenyakkan tidur kami. .
.
Ampunkan ibu yg tidak berkisah langsung dgn sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami. .

Ampunkan ibu yang mulia sungguh dirinya Sudi membasuh mencuci najis dan kotoran kami. .
.
Ampunkan ibu yg tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami. .
.
sungguh tak terbalas jasa ibu meskipun kami membalasnya dengan keseluruhan harta di muka bumi ini.
.
lindungilah ibu dari segala malapetaka, peliharalah ibu dengan rahmat mu sepanjang hayat nya selalu.
.
seandainya kami mengguris hati ibu kami secara zahir mahupun batin, sengaja ataupun tidak sehingga penyebab menitisnya air mata ibu, kau turunkan lah bala kepada kami setimpal dengan kesalahan kami agar kami sedar pada suatu perkara yang tidak sepatutnya kami lupa.
.
jika ada pernah ibu dan ayah kami melakukan kesalahan walaupun sekecil zarah di muka bumi mu ini, berilah kepada kami kesemua dosa meraka kepada kami agar mereka bersih dari segala dosa sepertimana bersihnya kami waktu dilahirkan dulu.
.
dan jika seandainya pernah kami melakukan sebarang kebaikan di muka bumi mengikut suruhanmu serta diberi ganjaran pahala walau sekecil zarah, itu semua adalah keranan didikan ibu kami , maka kau berilah kesemua pahala itu kepadanya. .
.
insan mulia mu itu sudah tidak bermaya, maka jauhkan lah mereka dari seksa api nerakamu. jangan kau sakiti atau menyeksa nya walau sedikit. cukuplah atas sakit perit dan penyeksaan yang dia lalui sepanjang membesar dan mendidik kami anak anak yang masih belum berbakti ini...
.
kasihani dia.. .
.
dia tidak pernah berdosa.. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entahhh tak tau, belek lah ikot sisi mana yg kau selesa. sebab dia bergantung pada cara penilaian kau sendiri. jangan takot jamgan gelabah, itu cuma cermin lama yang sesekali patut kau jengah. . .


12/10/2016

PEREMPUAN DAN TUDUNG



Aku memang tak heran dah kalau orang perempuan paling lembap tang nak pilih tudung atau pun nak pakai tudung.

.
Sebab ini pun tudung ke 6 aku pakaikan mak lepas 6 kali sarung bukak sarung bukak tudung sampai mak yang ngamok sebab penat.

.
Geram gila nak pilih tudung yang kena ngan baju, dengan tang oning nya yang lembek, sengat.

.
Ah lantak lah yang penting kita enjoyyyyy.... 

1/2/2017

AKU


Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan?
.
Walau ape pun yang berlaku,
cinta yang ada takkan pernah hilang.
dan untuk ape yg disengaja kan ,
bukan semata untuk jadi yang PERTAMA atau yang DIUTAMA...
.
Oleh kerana aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti kalian.
.
aku tak minta diutamakan, tapi aku tak sanggup dibelakangkan..
.
Walau ape kebenda sekalipon jadi aku teruja dapat selimot berbulu baru sebab ia akan buat tido aku lebih asyik dan mendebarkan ðŸ˜˜ðŸ˜˜
.
Terima kasih k untuk pakej selimut , perfume n baju ðŸ˜˜ðŸ˜˜

JAHAT?



JAHAT??
xpernah kisah pun dapat tittle ni dari manusia sebab yamg berkata tu pun ðŸ˜ŠðŸ˜Š
.
yang penting yang atas ,
Dia tahu segalanya .
apa dirisaukan persepsi manusia sedang ia tak menjamin kau kesyurga ?
risaukan persepsi Allah untuk menjamin kau kesyurga .
mulut manusia ini ,
Kadang kadang
NOTHING. .
JANGAN SEDIH LA SAYANG ...

.
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami.
Tapi sedihlah kerana diri tidak mahu
memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak
mempercayai kita.
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak
menghargai kita
Tapi sedihlah kerana kita tidak boleh
menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina kita
Tapi sedihlah kerana kita membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana kita tak boleh
menerima kritikan

jangan sedih bila orang lain sudah
berubah,tapi sedihlah kerana kita malu
untuk buat perubahan.. ðŸ˜ŠðŸ˜Š

#sudut_dalam


25/12/2016

SORY MAA

I lied and said I was busy.
I was busy but not in a way most people understand.
I was busy taking deeper breaths.
I was busy silencing irrational thoughts.
I was busy calming a racing heart.
I was busy telling myself I am okay. Sometimes, this is my busy and I will not apologize for it.

DONGENG


Kalau cinta itu ialah rasa peduli,
sebab itu lah mak dan ayah tetap akan menasihati dan menegur kita selalu..
Cuma ada masanya sayang tu ditunjukkan melalui sikap marah dan herdik.
Ok itu adalah fakta.
Untuk di tanya kenapa , macam mana atau punca ? Itu akan lebih banyak membuang masa , memahami tak semestinya difahami. Eh betul ke ayat tu?
Pandang dari banyak sudut untuk fahamkan setiap satu nya dengan jelas .
Bila Diam ? Itu bukan maksud benci. Itu strategi.
Bila Jauh ? Tak bermakna tak rindu, tapi memberi jalan supaya "DIA" makin dirindu.
Bila Tak peduli ? Tak bermakna tak memerhati , asalkan berjaya mengganggu setiap emosi jadi makin peduli.
Bila Kejam ? Memang itu niat sebenar, biar hilang semua kepercayaan supaya lebih kuat dalam persediaan..
Bila kepala batu ? Memang dah sifat pribadi, atau kata lain " pulang rasa "
Takda niat nak hancurkan, tapi sengaja goyangkan , saja saja je untuk buat latihan , walaupon macam syok sendiri , terbodoh sendiri , tapi bahgia tuhan je tau bila makin lama makin kuat tali yg digenggam..
Terpulang lah nak dipandang , dibelek macam mana pun apa yang dah type ni , satu je nak bagitau, Dia tetap dia yang dulu.
Walau ape pun , tak pernah tak sayang, tapi yang penting , untuk ape yg disengaja buat, bukan untuk jadi yang PERTAMA atau yang DIUTAMA...
Tapi sebagai manusia biasa, saya tak minta diutamakan, tapi saya tak sanggup dibelakangkan..

BITCH

Take off the mask when you are speaking to me bitch!

KENAPA KITA SUKAR MEMAAFKAN

-PUNCA UTAMA KITA SUKAR MEMAAFKAN ORANG LAIN-
.
Seseorang yang jiwanya bertauhid…
pasti ia akan memandang bahawa setiap ujian bukanlah sesuatu yang buruk daripada Allah SWT kerana yang mendatangkan ujian tersebut juga adalah Allah SWT.
.
walaupun kadangkala ujian itu dalam bentuk manusia.
Kerana yang menciptakan manusia itu juga Allah SWT. Yang menggerakkan orang itu untuk melakukan apa saja terhadap kita juga adalah Allah SWT.
.
bermakna hakikatnya ujian adalah datang daripada Allah SWT.
jika seseorang yang hatinya tersangkut kepada makhluk, maka hatinya akan sempit. kerana dia menyangka masalah ini datang daripada makhluk tersebut. Bahkan Dia hanya menyangka bahawa semua masalah datang daripada manusia, maka hatinya akan sempit. Hatinya akan merundum. Jiwanya akan tertekan.
.
Oleh kerana itu .Yang akan timbul hanyalah permusuhan dan kebencian sesama manusia.
Dan susah bagi dia menuturkan kemaafan. Sehingga jika seseorang yang bersalah tersebut meminta maaf kepadanya sekalipun pun, dia akan berkata “TIADA KEMAAFAN !”.
.
Kerana apa?
kerana hatinya sudah keras dan dia menyingkapi setiap daripada masalah itu dengan hanya melihat kepada makhkuk lain,maka dia tersangkut di alam ini. (dendam).
Dan dia tidak mampu menerbangkan rohnya kealam yang tinggi. Untuk melihat bahawa setiap ujian dan disebalik ujian tersebut, bukan makhluk yang datangkan, sebaliknya yang mendatangkan hakikatnya adalah Allah SWT.
.
jika seseorang menyiingkapinya dengan jiwa yang bertauhid yang sedemikian maka dia akan mudah utk memaafkan kesalahan orang tersebut.
serta mudah utk dia menyantumi setiap orang yang menentangnya juga orang yang memusuhinya serta orang yang mentomahinya dan memfitnahnya.
.
dengan akhlak yang mulia,sepertimana yang telah ditunjukkan oleh rasulullah SAW,dan juga para nabi nabi yang lain.juga pewaris mereka, pewaris nabi, yang mencontohi akhlak yang mulia orang solihin, para wali wali Allh SWT.
Mereka akan menyingkapi orang yang melakukan keburukakn kepada mereka,dengan akhlak yang mulia. Dengan senyuman,dengan hati yg lapang.
.
.
“ jadikanlah hati kita seperti lautan yang luas. Jangan sempitkan. . . “
.
“ satu baldi kecil ataupun satu cawan yang kecil, oleh kerana lautan yg luas , dibuang bangkai bagaimanapun dia tetap tidak akan membusukkan laut “
.
“luaskan hati kita seperti lautan , biar dicampakkan dengan pelbagai bangkai badai ujian di dalamnya (hati kita) tapi hati kita tetap tidak terjejas .”
.
kerana apa?
kerana Hati itu tetap mantap bersama dengan Allah SWT, kerana hatinya telah diluaskan bersama dengan yang maha luas..
.
maka dengan itu, pandangannya tidak melihat dan juga tidak tersangkut atau tersekat dikalangan makhluk yang melakukan keburukkan,
tetapi dia lebih melihat siapakah yang men datangkan ujian tersebut dan apabila dia mendapati bahawa yang mendatangkan ujian tersebut adalah Al Hakim ( ALLAH ). Yang maha bijaksana.
Maka dia meyakini bahawa setiap ujian tersebut pasti ada hikmah.
Kerana dia datang daripada Al Hakim.
.
mari sama sama kita muhasabah diri.
.
-USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI-

NASIHAT MU BUKAN TAK MAHU KU DENGAR..


NAMUNNN

namun. . .
Ada bait syair yang bagus dari Imam Syafi'i rahimahullah tentang cara menasihati orang lain biar nasihat kita mudah diterima.
.
“ Tutupilah kesalahanku dengan nasihatmu
ketika aku seorang diri "
" Hindarilah menasihatiku di tengah khalayak ramai.
Karena memberikan nasihat di hadapan banyak orang.
Sama saja dengan memburuk-burukkan,
aku tidak sudi mendengarnya "
" Jika engkau menyalahiku dan tidak mengikuti ucapanku.
Maka janganlah engkau terkejut bila nasihatmu tidak ditaati "
- Imam Syafi'i rahimahullah -
.
.
apa apa pun yang kita nak buat
YANG PENTING NIAT..
Memang benar orang yang DITEGUR atas 
suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan
atau kekurangan itu SEDANG DIUJI
hatinya untuk menghadam teguran &
nasihat itu tidak kira ia benar atau salah.
Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa
terhina dan termalu atas kelemahan diri
hingga teringin mencari alasan dan hujah
balas.
NAMUN PERLU DIINGAT !! orang yang
MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan
hatinya lantaran ia sedang dicucuk
Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia,
lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan
sukarnya untuk menyedari kemungkinan
tegurannya tersasar dari kebenaran dan
berlaku zalim terhadap yang ditegur..
*moga kau sudi untuk merasakan walau sesaat ditegur caci di khalayak ramai.

Saturday, February 4, 2017

TERIMA KASIH COTTTTTTTTTT

Terima kasih cot.
Bangun nak toilet tetiba nampak micot tidur depan muka bapak aku, hawau tol terbahak aku. Seumur hidup aku ni yang pertama aku nampak dan kompom la aku jakun, sebelum aku lupa tarikh ni baik aku bebel kat pesbuk.
.
Bagi yang dah selalu bela kucing mungkin perkara ni biase2, tapi bagi aku yang baru nak sayang binatang ni ofkoz la aku jakun gila babun, jadi kalau ada yg terbaca dan kata aku jakun, aku cuma nak kata "pergi mampus lah kau" sape suruh baca. Ahahahaha
.
Untuk seekor kucing atau binatang pape masok sampai ke dapur aku tu benda yang agak mustahil, sebab mak aku tak sihat n takut kucing, bila mak aku dah menjerit semestinya bapak aku akan bertuka jadi power rangers halau kucing tu keluar. Lagi lagi jenis yang sukangeledah tudung saji, Memang tak lah kucing nak sampai ke dapur even dulu pon pernah bela cumi, tapi cumi pon tak berani g dapur sebab takut kena baling penyapu😂
.
Biase la binatang kn tak suka orang yang marah marah dia. Same jugak dengan micot, dia memang takkan dekat dengan orang yang marah marah dia. Kalau dalam bilik dia tau katil aku memang port dia, tapi bila tidur lua mesti dia pilih port depan bilik bapak aku, cari pasal betul.
.
Paling risau kalau g kerja, harap harap micot tak kena tengking takut dia lari, Alhamdulillah micot jenis tak selongka makanan sebab dah di aja makan whskas je, lagipun kencing berak dia semua dia akan masuk toilet.
.
Tak pernah aku nampak micot lepak atau tido dekat dekat ngan yang lain, mungkin tak rapat kot. Lagi gila gila takut kalau bapak aku ternampak dia baring depan bilik bapak aku, buat naye je..
.
Tapi hari ni Allah nak tunjukkan yang aku sebenarnya ada penyakit hati sebab selama ni
aku pk bapak aku selalu marah micot, rasa terharu sebak pulak tadi. Micot takkan tidur dekat dengan orang yang dia tak kenal apetah lagi jenis yang garang, mesti dia akan tido nyorok nyorok.
.
Tapi tadi micot tido atas sofa pendek sembil mengadap muka bapak aku. Jarak nya selangkah je. Ahahahahahaha😂😂
Bohong lah kalau abah tak perasan sebab dia telinga tikus pantang bunyi pape mesti sedar.
.
Allah hantar kan aku si micot ni untuk aku tengok sendiri keadaan hati aku.
Cuma dengan si micot yang mulot bapak ah dia punya busuk ni cukup dah jelaskan aku banyak benda yang aku terlepas pandang.
.
Ni sekarang aku rasa macam nak nangis gigit gigit bantal pon ada.
Alhamdulillah.. syukur atas apa yang ada.
Dah aku nak tido. Si bedol ni pon dah gigit. Gigit tangan aku pastu jadikan bantal plak. Hotak diaaa....
.
Penat dah type pnjang2 pepagi buta.
3/2